BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Islamic Widget

Monday, February 8, 2010

Definisi web 2.0

Web 2.0, sebuah kata yang belakangan ini populer di rangkaian internet.Apakah sebenarnya web 2.0 itu? Sehingga banyak aplikasi -aplikasi “web 2.0 wannabe” yang melabeli produk mereka dengan tulisan “web 2.0″. Apakah ini suatu trend yang sedang menjamur seperti “wabah demam” Facebook ataupun Blackberry? atau ini merupakan revolusi penggunaan intermet.

Web 2.0 boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software ke mana- mana komputer. Melalui web 2.0, ia menggunakan RSS feed dan RSS Reader pada web site atau blog. Ia boleh memberi maklumat yang cepat kepada pengunjung bila sesebuah site di kemaskini. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari jika pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. Web 2.0 merupakan web yang mempunyai interface yang mesra pengguna tidak seperti web 1.0 yang agak membosankan dan kurang dari aspek interaktivitinya. Terdapat banyak website yang merupakan web 2.0. Antaranya adalah blogger, wiki, friendster, forum, tagged, myspace, flicker dan sebagainya yang tumbuh bagaikan cendawan.

Istilah Web 2.0 ini telah muncul untuk kali pertama dalam satu sesi perbincangan antara syarikat O'Reilly dengan MediaLive International. Menurut Tim O'Reilly, Web 2.0 adalah satu rangkaian platform, yang melibatkan semua peranti yang bersambungan dalam membentuk dunia maya, manakala aplikasi Web 2.0 adalah aplikasi yang memanfaatkan kesemua kelebihan intrinsik yang wujud di platform tersebut yang memberikan khidmat perisian yang sentiasa dikemas kini dan bertambah baik seiring pertambahan pengguna menggunakan dan menggabungkan data dari sumber yang berlainan.

Rujukan:
www.kamusilmiah.com
www.gmail.com
www.lazlomail.com
www.map.google.com

0 comments:

Kawan2